Tentang Lurima Travel

Lurima Travel diasaskan oleh sekumpulan graduan Malaysia di Korea dan Jepun yang menyediakan servis tour guide kepada pelancong Malaysia, Singapura dan Brunei.

 

Pengalaman menetap dan bekerja di luar negara ini, menjadikan kelebihan team Lurima membantu semua pelanggan mendapat pengalaman percutian impian mereka yang seronok, selesa dan diingati.

 

Setelah 10 tahun menetap di Korea dan Jepun, merantau ke beberapa negara di eropah dan asia, Lurima Travel telah membuka pejabat di Selangor dan berdaftar dengan Kementerian Pelancongan Malaysia, serta ada pejabat operasi di Seoul Korea dan Osaka Jepun.

 

Berkat servis yang berkualiti, Lurima Travel telah berjaya menguruskan trip percutian lebih dari 1000 keluarga dari Malaysia, Singapura dan Brunei.

 

Kini, Lurima Travel sudah mengembangkan servis tour ke beberapa negara seluruh dunia termasuk dalam negara seperti Sabah, Korea Selatan, Jepun, Indonesia, Vietnam, India, Pakistan, Eropah termasuk London, Switzerland, Paris dan lain-lain.

Previous
Next