Beza Pakej Lurima Travel dengan Agensi lain
Jadual Trip Flexible
Jadual trip boleh diubah suai mengikut keperluan dan citarasa pelancong
Penginapan Selesa & Strategik
Penginapan terletak di lokasi dekat dengan tarikan pelancong, serta selesa dan sesuai untuk keluarga
Tiada Tourist Trap
Lurima Travel tidak bawa anda ke ‘tempat paksa beli’ . Tiada lawatan ke tempat shopping scam, ceramah jualan atau barangan mahal yang tidak sepatutnya.
Cekap & Berpengalaman
Semua trip diuruskan sendiri oleh team kami yang tinggal dan menetap di negara tersebut. Pengalaman tinggal dan bekerja di setiap negara ini menjamin kelancaran trip dan pengalaman percutian yang berbaloi
Tiada Caj Tersembunyi
Tawaran harga mampu milik mengikut pakej dan tiada caj tersembunyi.
Halal & Muslim Friendly
Kami bawa ke restoran yang diyakini Halal dan Muslim Friendly. Waktu solat juga terjaga.
6H4M PENGALAMAN SKI MUSIM SEJUK KOREA 2023
HARI 1: KLIA 2 – SEOUL
Berkumpul di Lapangan Terbang KLIA (2) dan taklimat ringkas berkenaan perjalanan akan diberikan sebelum berangkat.
Selepas itu,para peserta akan terus daftar masuk bagasi dan ke pintu perlepasan untuk penerbangan ke Seoul.
HARI 2: PULAU NAMI – SKI RESORT (MT/MM)
Tiba di lapangan terbang Incheon dan berjumpa dengan pemandu pelancong.
Bertolak ke Chuncheon (2 jam perjalanan), melawat Pulau Nami yang terkenal dengan filem Winter Sonata lengkap pengalaman menaiki feri. Makan tenghari. Kemudian bertolak ke Pusat Peranginan Elysian Gangchon Ski Resort untuk merasai pengalaman bermain ski
(Tidak termasuk peralatan ski). Makan malam di restoran berdekatan dan daftar masuk hotel.
HARI 3: GANGNAM-ITAEWON-HONGDAE (SP/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel dan lawatan dimulakan dengan aktiviti membeli belah di salah satu pusat membeli belah local (Gangnam Underground Shopping). Kemudian anda akan melawat Starfield Library di Coex Mall dimana perpustakaan ini menjadi viral dan menjadi salah satu tempat wajib dilawati terutamanya buat anak muda untuk ootd. Solat Zohor di Masjid Iteawon & aktiviti bebas di Iteawon Street dan makan tengahari. Kemudian peserta di bawa ke Hongdae Shopping Street yang menjadi Kawasan orang muda Korea untuk beraktiviti seperti membeli belah, menari tarian kpop dan dapat melihat busking anak muda korea (ramai penyanyi terkenal bermula dari sini seperti Kim Na Young penyanyi ost Descendant of The Sun). Makan malam dan kembali ke hotel di Seoul.
HARI 4: SEOUL – DONGDAEMUN (SP/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel dan bergerak ke Gyeongbuk Palace Dan National Folk Museum. (optional : bersiar-siar dengan pakaian hanbok di Istana). Selepas itu, hayati sejarah perkampungan korea di Bukchon Hanok Village dan seterusnya melawat Lorong Antik & seni di Insadong Street. Makan tenghari. Singgah sebentar di Local Supermarket dan seterusnya aktiviti membeli belah di salah satu pusat barangan korea lokal iaitu Dongdaemun Market. Makan malam dan Kembali ke hotel di Seoul.
HARI 5: SEOUL – NAMDAEMUN – MYEONGDONG (SP/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel dan seterusnya lawati Kimchi School & Seaweed Museum untuk pengalaman membuat
Kimchi & pengalaman menggunakan pakaian hanbok percuma. Seterusnya membeli belah di Kedai Kosmetik Dan Duty Free.
Makan tengahari dan peserta akan diberi masa aktiviti bebas di Namdaemun Market yang merupakan salah satu market tertua di Korea dan Myeongdong Shopping Street iaitu kawasan shopping terbesar di Korea. Makan malam dan Kembali ke hotel di Seoul/Incheon.
HARI 6: SEOUL – KLIA 2
Bertolak pada awal pagi ke Incheon International Airport untuk penerbangan pagi kembali ke KLIA 2.
SP: SARAPAN PAGI MT: MAKAN TENGAH HARI MM: MAKAN MALAM MDK: MAKAN DLM KAPAL
Aturcara boleh dipinda kerana keadaan yang tidak dijangka tetapi tempat untuk dikunjungi tetap sama
PAKEJ TERMASUK:
- Penerbangan Terus: Airasia D7 (bagasi 20kg)
- Penginapan Hotel 3 Bintang di Seoul
- Pengambilan di Lapangan Terbang & Pemindahan ke Lapangan Terbang.
- Pengangkutan Peribadi (Bas Selesa dengan Air-Cond)
- Pemandu Pelancong berpengalaman
- Bayaran Masuk seperti dalam Jadual Perjalanan
- Makanan halal atau mesra Muslim seperti dalam Jadual Perjalanan.
TIDAK TERMASUK:
- Makan dalam penerbangan
- Aktiviti Pilihan
: Sewa Peralatan permainan ski + but ski USD50/pax.
: Sewa Hanbok (Gyeongbokgung Palace 5000-20000won)
- Perbelanjaan yang bersifat peribadi, sepetri minuman, cenderahati, penggilan telefon, dobi, dsb.
- Insurans perjalanan.
- Urusan Visa untuk bukan warganegara Malaysia.
- Pengurusan visa K-ETA
PENGINAPAN:
Hotel di Incheon / Gyeonggi 3*: Hotel Samwon Plaza, Royal Emporium Hotel atau setaraf
Hotel di Seoul 3*: Recenz Hotel, JK Blossom Hotel, Rich Diamond Hotel, Golden City Hotel atau setaraf
SEBUTHARGA:
**Semua Harga Yang Dinyatakan Di Bawah Adalah Untuk Seorang
TARIKH | DEWASA | KANAK-KANAK | BAYI RM 500 | ||
TWN/TRP | SINGLE | CWB | CNB | ||
Harga biasa Disember 2023 | RM 4,590 | RM 5,290 | RM 4,190 | RM 3,990 | |
Harga Peak 16-21 & 20-25 | RM 4,790 | RM 5,490 | RM 4,390 | RM 4,190 |
PENERBANGAN (AIR ASIA D7) | SLOT | |||||
BERTOLAK | KEMBALI | |||||
D7 504 KUL ICN 2300 0630+ | D7 505 ICN KUL 0745 1330 | 25 | ||||
TARIKH PERLEPASAN | ||||||
16 Dec – 21 Dec 2023** | 19 Dec – 24 Dec 2023 | 20 Dec – 25 Dec 2023** | 22 Dec – 27 Dec 2023 | 24 Dec – 29 Dec 2023 |