3H2M KOTA KINABALU – KUNDASANG
HARI 1: KUALA LUMPUR – KOTA KINABALU
Ketibaan di Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Anda akan dijemput oleh wakil syarikat dan bergerak ke Menara Yayasan Sabah
(juga dikenali Menara Tun Mustapha). Kemudian melawat dan Masjid Terapung yang terkenal kerana kelihatan seolah terapung
dipermukaan air. Singgah di Jambatan Tamparuli yang merupakan simbolik pekan Tamparuli. Selepas itu, bertolak terus ke Kundasang.
Singgah sebentar di Pekan Nabalu sebelum ke Kinabalu National Park(optional) untuk bergambar berlatarkan Gunung Kinabalu.
Kemudian anda akan dibawa ke Pekan Kundasang dan check in di penginapan.
HARI 2: KUNDASANG – KOTA KINABALU
Sarapan pagi. Anda akan dibawa melawat Desa Cattle Farm yang dipanggil New Zealand Sabah kerana pemandangannya.
Seterusnya, melawat ke Sabah Tea Garden dan Fish Spa Village untuk pengalaman Spa ikan di sungai nyaman. Anda juga akan
melawat Poring Hot Spring & pengalaman Canopy Walk (optional) di hutan Kinabalu sebelum bertolak ke Kota Kinabalu. Setelah tiba di
Kota Kinabalu, anda akan dibawa menikmati pemandangan matahari terbenam di Tanjung Aru. Makan malam Seafood di Todak Seafront (optional). Check in di penginapan & aktiviti free & easy.
HARI 3: KOTA KINABALU – KUALA LUMPUR
Sarapan pagi. Checkout penginapan dan anda akan dibawa ke Pasar Filipin serta Jamilah Jewellery untuk pembelian cenderamata sebelum bertolak ke Lapangan terbang kota kinabalu
* Aturcara boleh dipinda kerana keadaan yang tidak dijangka tetapi tempat untuk dikunjungi tetap sama
Senarai Harga (KK-KUNDASANG 3H2M)
Pax | Adult / CWB | Child No Bed |
2 | RM 919 | RM 739 |
3-4 | RM 769 | RM 589 |
5-6 | RM 639 | RM 459 |
7-9 | RM 579 | RM 399 |
*Harga tertakluk kepada setiap orang termasuk kanak-kanak
PAKEJ TERMASUK:
- Penginapan Hotel 2-3 bintang lengkap sarapan pagi (Kota Kinabalu)
- Penginapan Hotel 2-3 bintang lengkap sarapan pagi (Kundasang)
- Tiket lawatan seperti yang tertera dalam jadual
- Airpot Transfer
- Pengangkutan Van selesa 3 hari
- Driver cum tourguide
TIDAK TERMASUK:
- Tiket Penerbangan
- Kinabalu Park (RM15) / Canopy Walk (RM5) atau lawatan optional lain yang tidak dinyatakan
- Kos makan tengahari dan makan malam (kos anggaran RM10-20/Meals)
- Insuran perjalanan