5 APPS WAJIB ADA BILA TRAVEL KE KOREA

AD 4nXdYILfPUeapB61pyQuS oo5TfL GRSh7p8Q1Ui9YN3DWvCKanjjeuF EBBOMe1WpvKC5bWMb9k Lf5k0qgA5rk9oL8OV9rHmsdawqBBNSC76wJpBR9Fu0s cwbuJzgy4MsVFiSsUg?key=6D6zrNDhQldrp2aiK Iy4Zpo

Aplikasi yang kami kongsikan ini dapat bantu kita untuk travel di Korea. Jangan risau jika sesat jalan, masalah bahasa dan makanan halal. Atleast dengan ada bantuan apps ini, perjalanan trip kita lebih lancar. Jadi, jika anda ada plan nak melancong ke Korea, download apps ini siap-siap sebelum travel.

  1. Naver Map 
AD 4nXdIf3eiMHF5S64WQQyStq9TyBL1VxD3IUgNHNgSSidGQWUFb6u 47IwvGBg2myt1jWdJbjqeMDwpFA1IodK6LBaaBdIrUmIlAluYPISQ2z1XEa SCRO0 yO8AV5dfQcNUnTF1kZMg?key=6D6zrNDhQldrp2aiK Iy4Zpo

Di Korea, apps seperti Google Maps atau Waze sangat kurang membantu bila nak check direction, jalan atau traffic.
Hampir semua orang Korea akan menggunakan apps Naver Map ini bila nak cari jalan di Korea. Apps ini mudah dan senang digunakan. Part paling menarik, apps ini ada info pasal tempat makan, shopping mall dan tourist attraction.

Kenapa Best:

  • Peta yang tepat
  • Ada info trafik real time
  • Friendly User
  1. Subway Korea
Screenshot 2025 03 26 at 12.52.33 PM

Antara pengangkutan utama di Seoul adalah subway. Subway di Korea sangat convenient dan mudah. Hampir setiap tempat boleh diaccess dengan subway atau train.

Apps ini bantu kita untuk plan perjalanan kita dengan subway. Kita juga boleh check station, masa perjalanan dan kos tiket subway.
Apps ini akan cadangkan laluan terbaik, gerabak dan pintu keluar dari station yang strategik.

Kenapa Best:

  • Senang nak plan perjalanan
  • Info yang up to date
  • Layout yang mudah faham
  1. Papago
AD 4nXfgizvayVJ9BppYcb5d85DNNg9SbWX2Z8tkGtuXhxgS1 FjE97hy1pYqqWtIbP1mNQEHdtRhOLAtEGyejjQThdf4U8pi9KjYcbo6n7c1gUmJSk2AD3qyupw q0gBmsMubtcdUZz?key=6D6zrNDhQldrp2aiK Iy4Zpo

Masalah bahasa memang boleh buat orang ramai takut nak travel. Lagi-lagi bila pergi melancong ke negara yang ada bahasa sendiri seperti Korea. Apps Papago ini adalah apps terbaik untuk terjemahan bahasa Korea. Jauh lebih baik berbanding Google Translate. Mungkin dalam keadaan kecemasan atau keperluan untuk communicate dengan orang Korea, kita boleh gunakan apps ini supaya mudahkan kita berinteraksi dengan mereka.

Kenapa Best: 

  • Boleh diterjemahkan lebih 10 bahasa fungsi suara 
  • Boleh translate tulisan dari gambar
  • Terjemahan bahasa Korea lebih baik
  1. Buca Check
AD 4nXfO9NShtjX4pK9Fa4 Zvc2ortknjFLf5zEZrocbrNb3h1ZlOualdfqeLmJhB1Kk BJHB Bbm1oZR8Qm uiyMKI0tAwKeyShvoCopBMWkCeP7SLHvlOd lK05uyFZn0NDpfL 62?key=6D6zrNDhQldrp2aiK Iy4Zpo

Buca Check ni memang app yang mesti ada kalau guna transport card T-money di Korea. Nak check baki dalam T-money? Boleh. Nak tengok rekod penggunaan? Pun boleh. Semua settle dalam satu app je. Tak perlu risau tiba-tiba tak cukup baki masa tengah rushing, boleh check dulu dengan app ni. Simple, kan?

Kenapa Best: 

  • Mudah untuk check baki T-money card
  • Track penggunaan kad
  1. Mufko
AD 4nXfkq5q1 jLYkHA9Nc YtntGfMLCNiSIJ4O2A0tPKz6yREC2tFq0UNdCzuASZmjKImXIMY 6U3VQdHlCofqqbMu0yIsX7xD28mnSkQ0kYfidfXNQv1D96Zz6p4xGuQjpR49T G4mRg?key=6D6zrNDhQldrp2aiK Iy4Zpo

Untuk pelancong muslim, mesti ada yang akan fikir susah nak travel sebab banyak perkara perlu fikir terutamanya bab halal dan haram. Untuk pastikan makanan itu halal, atau nak cari kedai makan yang mesra Muslim memang bukan satu kerja yang senang. Kadang mesti rasa kena buat kajian and buat list dulu sebelum pergi, kan?

Dengan apps Mufko, kita boleh dapatkan info restoran halal dan tempat solat di Korea
Apps ini boleh bantu pelancong beragama islam travel di Korea dengan mudah dan selesa, tanpa perlu risau tentang makanan halal dan tempat solat.. Apps macam ni memang memudahkan kita and buat kita kurang risau.

Kenapa Best:

  • Menyediakan senarai restoran halal di Korea
  • Maklumat tempat solat dan masjid yang mudah dicari
  • Tempat-tempat shopping mesra Muslim

Kami harap perkongsian info tentang apps yang berguna bila travel di Korea ini dapat bantu anda travel dan melancong ke Korea dengan mudah dan seronok.

Kongsikan article ini kepada kawan-kawan dan ahli keluarga. Semoga bermanfaat dan selamat bercuti ke Korea✨🇰🇷

Lain-lain Artikel